MALAYSIA mencipta kejutan di bumi China apabila berjaya mendominasi perlawanan akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Asia 2024 di Dalian, Wilayah Liaoning pada Ahad.
Kejayaan ini hasil daripada usaha kerja keras pasukan lelaki dan wanita kebangsaan yang berjaya membawa pulang pingat emas ke Malaysia setelah bertungkus lumus dalam aksi pertarungan sengit di China.
Pasukan wanita berjaya merampas semula gelaran juara dengan mengalahkan juara bertahan Hong Kong 2-0 dalam perlawanan akhir kejohanan.
Kemenangan yang penuh cemerlang itu telah melunaskan dendam Malaysia terhadap Hong Kong setelah mereka memusnahkan harapan skuad negara untuk meraih gelaran juara berturut-turut pada final 2022.
Sementara itu, skuad lelaki kebangsaan mencetuskan kebanggaan apabila menewaskan Hong Kong 2-1 dalam aksi yang penuh sengit, demi memastikan kemenangan berganda untuk Malaysia.
Kejayaan itu adalah gelaran kedua yang berjaya diraih oleh skuad lelaki negara dalam tiga edisi terakhir selepas muncul juara pada 2021.
Tahniah kepada Malaysia!