“SAYA ‘stay’ atau tidak adalah untuk kebaikan semua pihak,” luah Ketua Jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain.
Pengendali yang baharu menyambut kelahiran yang ke-44 tahun pada Khamis mengakui masih belum membuat keputusan sama untuk terus membimbing pasukan Terengganu FC atau tidak musim depan.
“Saya tak tahu. Saya belum dapat butiran di depan mata untuk menilai. Saya tahu akan ada offer, tapi kesuntukan masa jadi offer tu tak dapat lagi.
“Apa pun saya tidak memikirkan diri saya. Yang penting pasukan, pemain-pemain saya dan fans yang sangat luar biasa menyokong saya. Saya hargai.

“Kalau boleh saya tak nak mengecewakan fans. Salah satu menebus kecewaan fans, saya mungkin memberi final Piala Malaysia sekali lagi tahun ini.
“Tetapi kalau saya stay atau tidak untuk kebaikan semua pihak. Bukan untuk saya,” jelas selepas aksi kemenangan 5-1 ke atas Sri Pahang FC pada aksi pembukaan Piala Malaysia 2022 di Stadium Darul Makmur.
Pada perlawanan itu juga menyaksikan Kpah Sherman meledak hatrik, manakala dua gol lagi dijaringkan Faizal Halim dan Nik Sharif.
“Kpah tidak diturunkan sebelum ini, tetapi saya tahu kualiti dia sebagai pemain.
“Kemenangan ini juga yang bermakna pada hari lahir saya. Kpah ada datang memeluk selepas dia menjaringkan gol. Saya rasa ‘touching’ apabila pemain buat begitu,” tambah Nafuzi.