PEMILIK Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim memetik nama seorang pemain Sevilla yang kemungkinan dalam senarai bagi memperkuatkan pasukan tahun depan.

Tunku Ismail menulis nama Papu Gomez, yang juga merupakan bekas pemain kebangsaan Argentina berusia 34 tahun ketika menjawab pertanyaan Marco Negeri menerusi laman Twitter pada Jumaat.

Pertanyaan tersebut dibuat selepas bekas pemain JDT 2016, Juan Martin Lucero berkongsi gambar di Instastory mempamerkan beberapa helai jersi kelab tersebut.

 

 

Malah Tunku Ismail turut memuatnaik perkongsian Lucero di Instastorynya awal pagi ini.

 

Selain itu, menerusi laman sosial rasmi JDT turut mengucapkan selamat maju jaya dan terima kasih kepada Fernando Rodriguez atas khidmat dan komitmen yang cemerlang.

Bekas pemain import Sepanyol berusia 35 tahun itu menyertai JDT pada 2020 namun bekas pemain Sevilla itu lebih banyak beraksi bersama JDT II di pentas Liga Premier.

Rodriguez dilaporkan bakal berhijrah ke Liga Indonesia untuk bersama pasukan Persis Solo.