Select Page

‘Padang banjir’, aksi NSFC vs KL City FC ditangguh

‘Padang banjir’, aksi NSFC vs KL City FC ditangguh

AKSI sengit antara Negeri Sembilan FC berdepan Kuala Lumpur City FC berlangsung seimbang apabila kedua-dua pasukan berjaya mencipta peluang dengan beberapa asakan ke kubu lawan.

Pemain import yang diturunkan jurulatih tuan rumah , K. Devan pada babak pertama seperti Casagrande, Herold Goulon dan Madinda tampak efektif di bahagian tengah ke jentera serangan.

Manakala bagi pasukan Kuala Lumpur pula, Paulo Josue memiliki peluang paling baik apabila rembatannya hampir menerjah jaring namun hanya tersasar dengan jarak satu meter dari gawang gol Negeri Sembilan FC.

Memasuki minit ke-28, keadaan padang bertambah teruk dengan hujan yang semakin lebat diikuti situasi padang ditakungi air mengakibatkan permainan terpaksa dihentikan seketika.

 

Bagaimanapun, selepas menunggu hampir satu jam, pengadil kembali memeriksa keadaan padang yang sangat teruk dan ditakungi air.

Bagi mengelakkan sebarang kecederaan menimpa pemain, pengadil membuat keputusan untuk memberhentikan perlawanan tersebut dan menangguhkannya sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Perlawanan terhenti pada minit ke-28 menyaksikan Negeri Sembilan FC terikat 0-0 berdepan Kuala Lumpur City FC dalam aksi yang berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi.

Video Terkini

Loading...