PEMAIN import Kuching City FC, Luiz Fernando Welter secara rasmi telah mengahwini kekasih hatinya dan merasai sendiri pengalaman baharu di Malaysia
Memetik laporan TVS, beliau bersama pasangannya, Maria Clara Barbosa merasai sendiri suasana majlis perkahwinan berkonsepkan budaya Melayu moden.
“Majlis perkahwinan Melayu moden yang dipilih itu berlangsung di perkarangan yang berlatarbelakangkan landskap hijau semula jadi.
Pemain import berusia 22 tahun dari Brazil itu turut tampil berpakaian songket melayu Sarawak bersama dengan sebilah keris untuk memberikan gambaran tradisional.

“Busana pengantin yang digunakan juga mengetengahkan sentuhan songket Melayu Sarawak,” jelas laman berkenaan lagi.
Welter dan pasangan bakal mengadakan majlis perkahwinan seterusnya di Brazilian Embassy, Kuala Lumpur pada hari Rabu akan datang.
Luis Fernando Welter telah melakukan tujuh penampilan secara keseluruhan bersama pasukan kendalian Aidil Sharin itu selepas ditandatangani pada awal musim.
Kami di Flash Sukan ingin mengucapkan selamat pengantin baru buat Welter dan pasangannya serta berharap mampu tampil dengan aksi yang lebih positif bersama pasukan.