PENDATANG baharu Liga Super 2023, Kuching City FC bakal memperkenalkan pemain import dari Uzbekistan, Sirozhiddin Kuziev yang beraksi bersama kelab Neftchi Fergana untuk memperkuatkan pasukan.
Berusia 27 tahun, pemain yang mampu beraksi selaku pemain tengah, pertahanan dan juga boleh dijadikan sebagai penyerang kedua bakal diperkenalkan Kuching City FC dalam masa terdekat.
“Semuanya kini sudah selesai dan akan diperkenalkan untuk memastikan Sirozhiddin menyarung jersi The Cats.
“Kehadirannya adalah tepat dan bakal memberikan impak buat pasukan pada saingan musim 2023,” jelas sumber rapat dengan pemain berkenaan.

The Cats yang dibimbing pengendali berpengalaman Irfan Bakti Abu Salim dan dibantu Sulaiman Hussin bukanlah nama baharu dalam saingan Liga Malaysia.
Musim lalu Kuching City beraksi dalam saingan Liga Premier menamatkan saingan dikedudukan ketiga dengan mengumpul 34 mata hasil 10 kemenangan, empat seri dan empat kekalahan.
Kehadiran The Cats dalam pentas Liga Super musim 2023 pastinya menarik dengan pelbagai elemen kejutan serta magik bakal dijelmakan pasukan yang digembilangkan untuk memberikan saingan.