PERSIAPAN akhir menjelang perlawanan separuh akhir MFL Challenge Cup semalam ditutup dengan satu perjumpaan istimewa antara skuad Hijau Kuning dan salah seorang penyokong setia mereka, Conway Lian.
Dalam pertemuan tersebut, Conway Lian bersama keluarganya hadir memberikan kata-kata semangat kepada pemain dan pegawai pasukan Kedah Darul Aman (KDA) FC bagi membakar semangat mereka menghadapi perlawanan penting ini.
Sebagai tanda sokongan, dia turut menyerahkan angpau kepada semua pemain dan pegawai pasukan.