IMPIAN Johan ‘Jojo’ Ghazali Zulfikar untuk bangkit di pentas ONE Championship sekali lagi tertangguh selepas tewas tipis menerusi split decision kepada Diego Paez dari Colombia-Amerika di Stadium Lumpinee, Bangkok.

Kekalahan itu adalah yang kedua berturut-turut buat Jojo selepas tunduk kepada Johan Estupinan dari Mexico pada Disember lalu.

Jojo Ghazali akur akan kelebihan pengalaman Diego Paez. FOTO|One Championship

Pertarungan kategori flyweight itu mempertemu Jojo, 18, dengan lawan lebih berpengalaman berusia 31 tahun yang turut mencetus kontroversi apabila gagal ujian hidrasi sebelum perlawanan.

Aksi di pusingan pertama berlangsung seimbang dengan kedua-dua petarung saling bertukar serangan.

Jojo tetap memberikan saingan sengit kepada petarung berpengalaman. FOTO|One Championship

Jojo mula garang di pusingan kedua apabila melepaskan kombinasi pukulan dan tendangan yang menguji kekuatan pertahanan Paez.

Pusingan ketiga bertukar dramatik apabila Jojo mengalami kecederaan mata kiri, namun bangkit melancarkan serangan terakhir sebelum tewas menerusi keputusan juri.

Meskipun gagal membawa pulang kemenangan, semangat juangnya membuktikan Jojo masih relevan sebagai prospek utama muay thai negara.