PERAK FC bakal merekrut tiga lagi pemain baharu dalam masa terdekat dalam usaha membentuk pasukan mantap menjelang saingan Liga Malaysia 2023.
Berdasarkan klip video pendek yang dimuatnaik dalam Facebook Perak FC pada Rabu, kemunculan mereka cukup dinanti-nantikan peminat setia The Bos Gaurus.
Bagaimanapun, identiti pemain tersebut belum didedahkan sepenuhnya Perak FC.
“Akan datang. Nantikan kemunculannya trio ini…..,” tulis laman Facebook berkenaan.
Pelbagai spekulasi ditimbulkan dengan tidak kurang netizen yang meneka trio seperti Shivan Pillay (PJ City), Syukri Baharun (Melaka United) dan Felix Adriano (Projek FAM-MSN).
Apa pun, segala pengumuman rasmi akan dibuat dalam masa terdekat nanti.
Setakat ini hanya tiga pemain yang sah milik Perak iaitu Harith Naem Jaineh (Melaka United), Ilham Aqil (UiTM FC) dan Bryan See Tian Keat dari Melaka United untuk mengawal benteng terakhir pasukan bagi menghadapi Liga Super musim 2023.