KEDAH Darul Aman FC mendapat tonik tambahan apabila ‘kemunculan’ pemain ke-12′ ke Stadium Kapten I Wayan Dipta Gianyar Bali, malam ini.
Gabungan kelab penyokong dari Kelab Legasi Kedah (KLK) dan HijauKuning.com (HKC) hadir dalam misi membakar semangat pemain Sang Kenari yang sedang berjuang mencari kemenangan diperlukan.
“Pulun Kedah Pulun. Berjuanglah sejiwa murni,” laungan mereka beramai-ramai sebentar tadi.
KDA FC tewas 2-0 aksi pembukaan kepada tuan rumah, Bali United pada Jumaat.
Jangan lupa saksikan perlawanan yang disiarkan secara langsung oleh Astro Arena bermula jam 9 malam ini.