GOL Ronald Ngah Wanja ketika Kedah Darul Aman (KDA) FC menentang Visakha FC di Bali pada 30 Jun lepas mendahului Undi Gol Terbaik peringkat Kumpulan Piala AFC 2022 sebaik ditutup jam 4 petang semalam.

Keputusan tidak rasmi memaparkan penyerang Sang Kenari itu meraih 57 peratus jauh meninggalkan pesaing lain yang dilihat tidak mendapat sebarang peratusan kecuali beberapa pemain seperti dari kelab Bashundhara Kings, Robinho yang meraih 37 peratus.

Ngah Wanja menebus kesilapan penaltinya pada awal permainan untuk memberikan persembahan hebat di mana dia mencipta gol keempat sebelum menjaringkan gol gerakan individu.

Dia memulakan larian solo yang hebat dengan memintas garisan belakang Visakha sebelum sentuhan penyudah depan gawang sekali gus membuktikan persembahan lima bintang pasukan KDA FC di bawah kendalian Aidil Sharin Sahak.

 

Sementara itu, jaringan pemain PSM Makassar, Rizky Eka Pratama semasa bertemu Tampines Rovers (Singapura) pada 27 Jun juga menarik namun gagal menarik sokongan para pengundi.

Turut tersenarai gol Geovane Magno (Viettel FC) ketika menentang Hougang United pada 30 Jun juga gagal mendapat peratusan seperti diharapkan.

Manakala pemain Kuala Lumpur City FC, Paulo Josue (2 peratus).