HARI Malaysia tahun ini bakal menyaksikan aksi Bola Sepak Veteran 9s Datuk Hamidin Mohd Amin bersama XMail FC yang akan berlangsung di Padang Ipoh, Perak.
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin akan turun bagi melaksanakan perasmian Piala Cabaran Datuk Hamidin Mohd Amin yang bakal diadakan pada 16 September nanti.
Terdapat dua penambahan baharu dalam pertandingan tersebut iaitu membabitkan aksi bawah 16 tahun dan juga penyertaan daripada pasukan luar negara seperti Bacolod United wakil Filipina.
Seterusnya, pertandingan ini akan melibatkan lapan pasukan meliputi setiap kategori perlawanan yang dianjurkan oleh Kuala Lumpur XMail Veterans FC dan juga kerjasama dari Ipoh Friday Club.
Pasukan yang bersaing dalam kategori veteran untuk pemain berusia 45 tahun ke atas adalah Kinta Indian Association (KIA), Lintau FC (Perak), Navashini Kuala Kangsar Municipal Council, Melwood Boys (Selangor), Bacolod United FC, Ipoh City Hall, Navashini Ipoh FC dan KL XMail FC.
Dalam kategori bawah 16 tahun pula akan disertai oleh Black Leopard Kenaga dari Kuala Lumpur, My World Hunters FA Football Academy (Penang), Klebang Selatan FC (Perak), Ipoh City Hall Academy, Dinding Indian Association Sitiawan (Perak), Tejarians (Perak), CIMB YFA (Selangor) dan Ipoh Friday Club Academy.
Bagaimanapun, pasukan-pasukan ini akan dibahagikan kepada dua kumpulan dalam setiap kategori dan akan bermain secara satu pusingan round-robin dalam kumpulan masing-masing dimana dua pasukan teratas layak ke separuh akhir.
Sebelum ini, Piala Cabaran Datuk Hamidin Mohd Amin telah diadakan di Kuala Kubu Bharu pada tahun 2021 dan tahun lalu di Taiping.
Difahamkan piala ini bakal menjelajah setiap negeri termasuklah di Sabah dan juga Sarawak untuk tempoh terdekat ini.