JOHOR Darul Ta’zim (JDT) bakal mengembangkan lagi jenama mereka ke negara matahari terbit, Jepun apabila pemiliknya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim membincangkan kemungkinan untuk melabur dan membeli saham dalam bola sepak Jepun.
Tunku Ismail yang kini di Jepun sempena perlawanan kelima Kumpulan I, Liga Juara-Juara AFC (ACL) antara JDT dan Kawasaki Frontale juga telah mengaturkan pertemuan dengan wakil J. League iaitu Pegawai Eksekutif Korporat (Perniagaan Global), Tetsuya Aida dan Pengurus Besar Takeyuki Oya.
Perkara ini disahkan menerusi hantaran di laman sosial peribadinya dan juga kelab, Johor Southern Tigers yang turut menyatakan selain objektif dari sudut bola sepak, kehadiran TMJ ke Jepun juga adalah untuk menarik minat syarikat dari Jepun untuk melabur di Johor.
HRH Mejar General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor had a meeting with J.League representatives in Tokyo today to discuss a possibility of His Royal Highness investing and buying shares in Japan's football.
Among the objectives include expanding the JDT… pic.twitter.com/5miRURuhUj
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) November 27, 2023
“DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor telah mengadakan pertemuan dengan wakil J.League di Tokyo hari ini bagi membincangkan kemungkinan Baginda melabur dan membeli saham dalam bola sepak Jepun.
“Antara objektif adalah termasuk mengembangkan jenama JDT ke Asia Timur dan menarik syarikat-syarikat besar Jepun untuk melabur di Johor,” tulis kenyataan itu.
JDT dalam misi wajib menang bagi memastikan mereka kekal bersaing dalam ACL dan ini adalah platform terbaik bagi TMJ untuk mempromosikan potensi Harimau Selatan yang semakin dikenali di Asia serta potensi negeri Johor sebagai destinasi pelancongan dan pelaburan.