SKUAD Piala Presiden Johor Darul Ta’zim (JDT III) menempah tiket ke final apabila mengenepikan cabaran Selangor FC 3-2 menerusi aggregat selepas seri 2-2 dalam aksi separuh akhir kedua di Stadium MMU, Cyberjaya pada Isnin.
Gol-gol JDT III dijaringkan oleh Syukur Fariz Januri dan Haiqal Khairuddin manakala dua gol Selangor FC dijaringkan oleh Izrin Ibrahim pada separuh masa kedua.
Perlawanan berlangsung sengit dengan kedua-dua pasukan beraksi di bawah cuaca panas sehingga menimbulkan sedikit ketegangan di kalangan pemain namun tiada insiden yang tidak diingini berlaku.
Kegembiraan jelas terpancar di wajah pengendali JDT III, Jorda Javier yang nyata lega apabila skuad kendaliannya berjaya layak ke final selepas mengharungi musim yang cemerlang.
Sebaiknya, nasib berbeza buat jurulatih Selangor FC, Shaiful Nizam Khamis yang masih gagal mengatasi JDT III selepas menduduki tempat kedua di dalam Kumpulan B dibelakang wakil selatan itu.
Keputusan Piala Presiden 2022
Separuh Akhir 2 | Isnin, 15 Ogos 2022
SELANGOR FC 2-2 JDT III
⚽️ Izrin Ibrahim 47'(P) 83'
⚽️ Syukur Fariz 15' Haiqal Khairuddin 50'
▶️ JDT III menang agg 3-2SRI PAHANG FC 1-0 AMD B-17
⚽️ Luqman Hakim 63'
▶️ SPFC menang gol tempat lawan, agg 3-3 pic.twitter.com/c4THDZmXi5— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) August 15, 2022
Pada separuh akhir pertama minggu lalu, JDT III berjaya memenangi perlawanan 1-0 sekaligus membawa momentum kemenangan itu ke perlawanan kedua ini yang turut disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon.
Dalam satu lagi perlawanan separuh akhir, Sri Pahang FC berjaya layak ke final mengenepikan skuad AMD B-17 dengan peraturan gol tempat lawan selepas seri 3-3.