SKUAD hoki dalam dewan lelaki kebangsaan mencipta sejarah apabila muncul juara selepas menewaskan juara bertahan, Iran 3-2 menerusi penentuan penalti selepas terikat 4-4 dalam masa penuh permainan di Stadium Tertutup Huamark Bangkok, Thailand.
Ini adalah kali pertama Malaysia bergelar juara dalam Kejohanan Hoki Dalam Dewan Asia edisi ke-9 sekaligus mencipta sejarah dan menghentikan penguasaan Iran yang memegang takhta kejuaraan lapan edisi berturut-turut.
Gol-gol Malaysia dijaringkan menerusi dua gol oleh Ashram Hamsani dan masing-masing satu dari Shello Silverius dan Norhafizie Jamil sebelum penjaga gol, Khairul Affendy cemerlang di penentuan penalti untuk membawa pulang pingat emas ke bumi Malaysia.
Men’s Indoor Asia Cup 2022, Bangkok, Thailand
FINAL – 15 August 2022
FULL TIME
Iran 4-4 Malaysia
SHOOT-OUT
Iran 2-3 Malaysia
**Congratulations to MALAYSIA for becoming the champions of the latest installment of Men’s Indoor Asia Cup 2022, Bangkok, Thailand pic.twitter.com/vf8mzGrb2i
— MHC (@hockeymalaysia) August 15, 2022
Kemenangan ini juga dapat membalas dendam kekalahan 3-0 kepada lawan yang sama pada peringkat kumpulan Round Robin dan mengubat kedukaan gagal layak ke final pada edisi 2019.
Berita baik dari sukan hoki dalam dewan ini berterusan apabila skuad wanita juga berjaya membawa pulang pingat gangsa selepas menewaskan Kazakhstan 2-0 pada aksi penentuan tempat ketiga dan keempat.
Iren Hussin dan Nur Aisyah Yaacob muncul wira negara apabila jaringan mereka memastikan kemenangan skuad negara sekaligus memperbaiki kedudukan dari tempat keempat pada edisi 2019.
Pingat emas dan gangsa dari kedua-dua skuad ini berjaya mengatasi sasaran awal KHM yang meletakkan sasaran layak ke peringkat separuh akhir dan kini berjaya membawa pulang pingat dan bergelar juara Asia.