SKUAD muda negara, AMD DREAM mengesahkan tempat ke peringkat separuh akhir Kategori Bawah 13 Tahun Kejohanan Bola Sepak Piala Supermokh 2023 selepas terikat 0-0 dengan Chonburi FC dari Thailand.

Hasil keputusan seri itu, Chonburi FC turut layak ke separuh akhir diikuti dua lagi pasukan, KSS Lech Poznan FC (Poland) dan Evergrande Football School (China).

Evergrande Football School mengesahkan kemaraan ke pentas separuh akhir selepas menewaskan Hong Kong FA, 3-1 pada aksi terakhir peringkat Kumpulan B dan kemenangan itu memastikan mereka mengutip enam mata hasil dua kemenangan dan satu kekalahan untuk mengiringi Lech Poznan FC (Poland) yang turut layak selaku juara kumpulan.

Sun Weirong, Pengendali Evergrande Football School

Ketua jurulatih Evergrande Football School, Sun Weirong menyifatkan kemenangan diraih adalah hasil usaha keras barisan pemainnya untuk terus merebut kejuaraan.

“Pemain beraksi dengan sangat baik dan sudah semestinya saya bangga dengan aksi-aksi anak didik saya. Kami memanfaatkan peluang yang dan akan terus memberikan saingan lebih sengit di separuh akhir nanti,” ujarnya ketika ditemui selepas tamat perlawanan.

Sementara itu dalam Kumpulan A kategori yang sama, keputusan seri 2-2 yang diraih Fagiano Okayama (Jepun) ketika menentang Zhejiang Professional FC (China) menyaksikan buruan slot Fagiano ke separuh akhir musnah.

Bagi pengendali Fagiano Okayama, Hiroshi Ashitaka anak didiknya beraksi dibawah kemampuan sebenar dengan beberapa kelemahan dipamerkan perlu segera diperbaiki.

“Kami tahu pasukan tidak beraksi dengan baik dan perlu segera mempertingkatkan prestasi menjelang aksi diperingkat plate dan mereka perlu lebih yakin dan bersedia. Namun, saya tetap berbangga dengan prestasi pemain,” ujarnya.

Lain-lain keputusan yang berlangsung hari ini adalah seperti berikut:

Bawah 14 Tahun

AMD Dream 2-1 Shonan Bellmare

AMD Future 0-6 Buriram United

Spartak Trnava 1-1 SSBJ

NK Osijek 1-2 Piraya Football Academy

Bawah 13 Tahun

AMD Dream 0-0 Chonburi

Evergrande Football School 3-1 Hong Kong FA

AMD Future 0-2 KKS Lech Poznan

Zhejiang Professional FC 2-2 Fagiano Okayama

Bawah 12 Tahun

ASIOP Football School 0-2 NFDP C

JDT 4-1 NFDP D

Zhejiang Professional FC 1-2 NFDP A

Apuesto Bueno 1-8 NFDP B