SKUAD NFDP A meneruskan rentak kemenangan dalam kategori B-12 tahun Kejohanan Bola Sepak Piala Supermokh 2024 selepas menewaskan kelab dari Thailand, Pattaya United, 3-0 pada aksi di Padang A, Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil.
Dua gol jaringan Badrul Hazim Hazimi dan Putra Rayyan Zaftran pada separuh masa kedua sudah cukup buat skuad kendalian Abdul Ghani Malik meraih mata penuh selepas dua perlawanan.
Keputusan ini juga mengulangi prestasi perlawanan pertama ketika berdepan Singapore FA dengan kemenangan bergaya, 5-2 dan kejayaan ini bakal memberikan motivasi penuh buat pasukan memburu tiga mata berdepan kelab dari Indonesia, Asiop Academy pada Sabtu.

“Syukur Alhamdulillah apa yang dirancang berjaya diterjemahkan barisan pemain dengan usaha yang berterusan sehingga gol berjaya dihasilkan. Saya selalu ingatkan pemain agar jangan mudah putus asa dan teruskan mencuba sehingga menjadi kenyataan, akhirnya tiga gol berjaya dijaringkan pada separuh masa kedua,” katanya Ghani.
“Mengatasi Pattaya United menaikkan motivasi buat pemain dan memberi peluang buat saya menurunkan pemain-pemain yang belum beraksi untuk melihat serta menilai kemampuan mereka kerana kesemua pemain kita mampu menggalas tugas yang diberikan,” jelasnya.
Sementara itu bagi Ketua jurulatih Pattaya United, Chokchai Tespan menyifatkan pemainnya sedikit tertekan apabila berhadapan NFDP A dan gagal mengulangi corak permainan yang ditunjukkan pada perlawanan terdahulu.

Kejohanan Piala Supermokh 2024 berlangsung di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil bermula 13 hingga 19 November 2024 dengan penyertaan sebanyak 24 pasukan dari sembilan buah negara.