DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada skuad Harimau Malaya yang muncul naib juara Piala Raja Thailand selepas tewas kepada Tajikistan, menerusi penentuan sepakan penalti.
“Keluarga Malaysia tetap bangga dengan semangat juang seluruh pemain Harimau Malaya pada malam ini !
“Saya yakin para pemain sudah memberikan yang terbaik, namun jadikan perlawanan ini sebagai pendorong untuk berusaha dengan lebih gigih bagi perlawanan yang akan datang.
“Kita sebagai sebuah Keluarga Malaysia pula akan terus menjadi penyokong kuat Harimau Malaya,” katanya dalam catatan di Facebook.
Keluarga Malaysia tetap bangga dengan semangat juang seluruh pemain Harimau Malaya pada malam ini!
Saya yakin para pemain sudah memberikan yang terbaik, namun jadikan perlawanan ini sebagai pendorong untuk berusaha dengan lebih gigih bagi perlawanan yang akan datang. pic.twitter.com/HpY5gGujmd
— Ismail Sabri (@IsmailSabri60) September 25, 2022
Kekalahan itu melebarkan penantian 44 tahun skuad kebangsaan gagal mecapai kemenangan dalam kejohanan itu sejak kali terakhir mendakap kejuaraan pada tahun 1978.
Malaysia pernah menjulang piala berkenaan sebanyak empat kali iaitu pada tahun 1972, 1976, 1977 dan 1978.