Select Page

SUKIPT 2022 : Pressy buat kemunculan semula bersama UiTM!

SUKIPT 2022 : Pressy buat kemunculan semula bersama UiTM!

SETELAH lama menyepi dari arena Karatedo, Pressy Misty Philip, penuntut Ijazah Sarjana Muda Perakaunan UiTM Sarawak telah kembali menggegarkan arena Karatedo dengan membawa pulang pingat emas bagi acara Kumite +68kg Wanita pada edisi SUKIPT kali ini.

Pressy yang berusia 23 tahun sebelum ini merupakan atlet yang pernah membawa cabaran Malaysia di Sukan Sea 2017 tekad untuk kembali aktif dalam arena Karatedo di peringkat IPT bersama UiTM.

Pressy telah menewaskan lawan dari tuan rumah UPSI di perlawanan akhir untuk membawa balik pingat emas buat UiTM.

Dia turut berharap agar kecemerlangan ini dapat diteruskan dalam kejohanan SUKMA yang akan datang dan sebagai penyuntik semangat untuk terus kembali mencipta nama dalam arena Karatedo.

Video Terkini

Loading...