PARIS Saint-Germain (PSG) dilaporkan menerima tawaran gila £259 juta daripada Al Hilal untuk menandatangani Kylian Mbappe, menurut laporan Sky Sports.

“Paris Saint-Germain telah menerima tawaran rekod dunia £259 juta dari Al Hilal untuk Kylian Mbappe.

“Juara Perancis telah memberi kebenaran kepada kelab Saudi untuk bercakap dengan Mbappe selepas menjualnya dan meninggalkannya daripada skuad mereka untuk jelajah pra musim Jepun dan Korea Selatan, setelah menjelaskan bahawa mereka hanya mahu memasukkan pemain yang komited kepada kelab itu,” tulis laporan Sky Sports.

Sky Sports juga berkata bahawa tawaran gila daripada Al Hilal bukanlah satu-satunya perkara yang mereka terima untuk Mbappe.

“Sekurang-kurangnya PSG menerima tawaran daripada lima kelab untuk menandatangani Mbappe, salah satunya adalah Tottenham.

“Anda boleh katakan persaingan untuk pasaran perpindahan Mbappe semakin hangat dengan banyak kelab berminat termasuk Chelsea, Manchester United, Inter Milan dan Barcelona,” katanya lagi.

Dikatakan juga bahawa PSG akan terus menjawab sebarang tawaran daripada mana-mana kelab untuk Mbappe. Bagaimanapun, PSG sudah pasti akan menjual Mbappe kepada pembida tertinggi.

Mbappe kini mempunyai baki setahun dalam kontraknya di PSG sehingga 30 Jun 2024. Bagaimanapun, pemain berusia 24 tahun itu tidak sanggup menandatangani kontrak baharu bersama PSG kononnya demi untuk berpindah ke Real Madrid secara percuma dalam pasaran perpindahan musim panas akan datang.