LAZIO terselamat daripada kekalahan apabila ketika mereka menjadi tuan rumah melayan kunjungan Atletico Madrid dalam aksi pembukaan Liga Juara-Juara awal pagi Rabu.

Ketinggalan sehingga ke masa kecederaan, jaringan penjaga gawang Ivan Provedel menukar kedudukan kepada 1-1 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Olimpico.

Lazio cuba mengambil inisiatif daripada awal, tetapi Atletico kelihatan gigih dan sukar untuk ditembusi. Tuan rumah bolos pada minit ke-29 apabila mereka diasak lawan. Sepakan Pablo Barrios berpusing selepas terkena Daichi Kamada dan menewaskan Ivan Provedel.

Lazio terus cuba menekan pelawat namun disiplin pemain Diego Simeone mengecewakan mereka. Ketika Atletico kelihatan seperti akan mendapatkan tiga mata, Lazio menjaringkan gol! Penjaga gol mereka, Ivan Provedel, menyamakan kedudukan pada minit ke-95.

Bermula dari situasi sepakan sudut dan Provedel bergerak ke hadapan. Lazio membina serangan dari kiri dan hantaran silang Luis Alberto ditanduk oleh Provedel yang tidak dijaga.

Kedudukan 1-1 kekal sehingga perlawanan tamat. Dengan keputusan ini, Atletico dan Lazio berada di tempat kedua dan ketiga dalam Kumpulan E Liga Juara-Juara, masing-masing dengan satu mata.

Feyenoord mengetuai kumpulan buat sementara waktu hasil kemenangan 2-0 ke atas Celtic. Celtic pula berada di tangga tercorot.

Image

 

Senarai Pemain : 

Lazio: Ivan Provedel; Adam Marusic, Patric, Alessio Romagnoli, Luca Pellegrini (Lazzari 38′); Daichi Kamada (Guendouzi 62′), Matias Vecino (Cataldi 76′), Luis Alberto; Felipe Anderson (Isaksen 62′), Ciro Immobile, Mattia Zaccagni (Pedro 76′)

Atletico Madrid: Jan Oblak; Stefan Savic, Axel Witsel (Angel Correa 75′), Mario Hermoso; Nahuel Molina, Samuel Lino (Rodrigo Riquelme 79′); Marcos Llorente, Pablo Barrios (Jose Gimenez 46′), Saul Niguez; Antoine Griezmann, Alvaro Morata