PEMAIN perseorangan lelaki Ampang BC, Chou Tien Chen beraksi cemerlang selepas menewaskan wakil Petaling BC, Brice Leverdez, 11-10, 11-5, 9-11, 11-6 dalam aksi yang berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands.

Kali ketiga, dia beraksi di Purple League, ia merupakan sesuatu yang sangat istimewa baginya untuk dikongsi bersama penyokong di Malaysia.

Jelas pemain kelahiran Taiwan berusia 32 tahun ini, penyertaannya di Purple League kali ini merupakan permulaan baginya sebelum menyertai pelbagai kejohanan di masa akan datang terutama Terbuka Denmark pada 18 hingga 23 Oktober.

“Saya rasa saya belajar dari semalam. Saya cuba menukar taktik dan strategi, nyata ia menjadi. Kita agak sedikit penat tetapi kita cuba yang terbaik.

“Ia kali ketiga saya bermain di sini. Sekarang ini Purple League banyak perubahan lebih baik. Di sini, sangat laju untuk bermain. Gelanggang sangat sukar untuk bermain.

“Kita harus betul betul fokus kerana permainan normal adalah 21 mata. Sekarang ini, saya orang Malaysia, semua sokong saya.

“Purple League kini merupakan sesuatu permulaan yang baik bagi saya. Badminton adalah kemahuan saya, semestinya saya akan berikan yang terbaik ,” ujarnya ketika ditemui media selepas tamat perlawanan di Arena Of Stars, Genting Highlands.