SKUAD Ragbi Wanita tujuh sepasukan (7s) menamatkan Siri 1 ARSS, saingan Ragbi Asia di kedudukan keenam, selepas tewas kepada Kazakhstan pada perlawanan penentuan tempat ke 5/6.
Skuad bimbingan Muhammad Siddiq Amir Jalil itu tidak mampu menyaingi Kazakhstan yang menguasai permainan sehingga gagal melakukan try.

Antara aksi Ragbi Wanita 7s Bungaraya Wanita menentang Kazakhstan
Begitupun pencapaian menduduki tempat keenam satu prestasi membanggakan skuad Bungaraya Wanita yang hanya berkumpul selama tiga bulan untuk menghadapi saingan ini.
Terdahulu, skuad negara mengatasi Filipina pada separuh akhir Plate dengan kemenangan 22-12.
Hasil menamatkan saingan di tempat keenam, skuad wanita negara meraih empat mata berharga dan perlu terus konsisten atau berada di tahap lebih baik pada dua lagi siri ARSS.
Siri 2 ARSS akan berlangsung 12 hingga 13 November manakala Siri 3 ARSS pula pada 26 dan 27 November.