KELAB Bolasepak Real Mambau (RMFC) mengumumkan akan bertanding di Liga M5 Negeri Sembilan dengan memperkenalkan senarai barisan pemain dan pengenalan jersi pasukan.
Pihak Real Mambau melalui kenyataan medianya berkata, kelab telah ditubuhkan tahun ini dan telah didaftarkan di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia serta Pesuruhjaya Sukan Malaysia.
Walaupun baharu ditubuhkan, Real Mambau FC optimis meletakkan sasaran layak Liga M4 tahun hadapan.
Selain itu kelab ini juga telah mempunyai akademi bola sepak sendiri dengan dibarisi pasukan Bawah 12 Tahun, Bawah 14 Tahun dan Bawah 18 Tahun sebagai usaha meningkatkan pembangunan bola sepak akar umbi negara.
Lebih menarik, kelab ini telah berjaya mengikat beberapa syarikat untuk menjalinkan kerjasama antaranya Alpha Sport My, Naning Media, The Pacific Insurans Berhad, Khai Barbershop, Warung Wanza, PVR Enterprise dan GM Canopy.
Menteri Pertahanan merangkap Ahli Parlimen Rembau, Datuk Seri Muhamad Hasan merupakan penasihat untuk pasukan Real Mambau FC.