PERANAN dalam 18 penampilan dengan menjaringkan enam gol secara keseluruhan musim lalu memastikan khidmat pemain berdarah kacukan Malaysia-Australia, David Rowley terus ditagih memperkuatkan Sri Pahang FC (SPFC) musim 2023.
Prestasi tersebut meletakkan Rowley sebagai salah seorang pemain penting pada musim pertamanya bersama SPFC.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan SPFC, Rowley komited untuk terus berbakti bersama SPFC setelah menandatangani kontrak baru dengan tekad memacu kelab ke aras lebih baik.

Rowley meledak enam gol pada penampilan musim lalu.
Rowley diperkenalkan ke Liga Malaysia pada tahun 2018 oleh PDRM FC, dan kemudiannya telah beraksi bersama Negeri Sembilan, Kelantan dan Kedah.
Pemain berusia 31 tahun ini merupakan tonggak skuad Penang FC yang menamatkan saingan Liga Super di tangga ketiga musim 2021 sebelum menyertai keluarga Tok Gajah.
Turut berpengalaman beraksi di Australia, Itali dan Jerman, gandingan Rowley beraam Nor Azam Azih pastinya menambah keampuhan di barisan tengah pasukan untuk bersaing dalam Liga Malaysia (Liga-M) 2023).

Aguero sedia membalas kepercayaan pasukan dalam saignant Liga-M 2023.