SEKUMPULAN perompak telah memecah masuk rumah teman wanita bintang Brazil, Neymar dan mengikat ibu bapanya sebelum melarikan diri dengan beberapa barangan mewah.
Model, Bruna Biancardi baru-baru ini telah melahirkan seorang bayi perempuan hasil hubungan bersama pemain Paris Saint-Germain, Neymar mengeluarkan kenyataan di media sosialnya berkenaan detik-detik cemas itu.
Difahamkan, rumah ibu bapanya diserbu pada awal pagi Selasa oleh sekumpulan perompak.
Seorang lelaki berusia 20 tahun, yang dipercayai sebagai salah seorang dari kumpulan yang menyerang mereka, tinggal di blok yang sama dengan mangsa dan telah ditangkap.
Perompak tersebut menyerang rumah keluarga Biancardi, yang terletak dalam komuniti yang berpagar kira-kira jam 3 pagi dan ketika kejadian, Neymar dan Biancardi tidak berada di situ.
Ibu bapanya yang masing-masing berusia 50 dan 52 tahun telah diikat sementara perompak itu menggeledah peti simpanan mereka.
Selepas mendapati tiada barang berharga, mereka mensasarkan barangan mewah seperti beg, jam tangan dan barang kemas dalam satu rompakan yang berlangsung selama 25 minit sebelum dilaporkan melarikan diri menggunakan sebuah kereta.
“Pagi ini mereka merompak rumah saya dan menjadikan ibu bapa saya sebagai tebusan. Saya, Mavie dan adik perempuan saya tidak lagi tinggal di sana, dan kami tidak berada di situ ketika kejadian itu berlaku.”
“Syukur semuanya selamat. Harta boleh dicari. Yang penting ialah semua orang selamat dan mereka yang terlibat telah ditemui. Terima kasih Tuhan kerana menjaga kami dan melindungi kami daripada kejahatan. Amin,” ujarnya.
🚨🚨 A Justiça de SP decretou prisão preventiva do vizinho que assaltou a casa dos pais da influenciadora Bruna Biancardi em um condomínio fechado em Cotia. Ela tem uma filha com o jogador Neymar e não estava no local na hora do crime. pic.twitter.com/R8bKlacMfs
— Fatos Fatídicos (@FatidicosFatos) November 8, 2023
Ibu bapa Biancardi melaporkan kejadian terbabit kepada pegawai keselamatan kediaman berpagar itu, membantu pihak polis mengesan kenderaan digunakan perompak menerusi kamera litar tertutup (CCTV).
Kenderaan itu berjaya dikesan milik salah seorang jiran berdekatan dan telah digunakan anak mereka yang berusia 20 tahun. Perompak itu kemudiannya dikesan pihak polis ketika cuba melarikan diri dengan berjalan kaki.
Dia mengaku menggunakan kereta tersebut setelah merompak rumah bersama dua rakannya yang masih belum ditemui.
Biancardi merupakan seorang pengaruh media sosial dan model yang mempunyai 3.8 juta jumlah pengikut di platform media sosial Instagram. Wanita berusia 29 tahun dari Sao Paulo itu juga memiliki jenama pakaiannya sendiri.
Dia dikatakan mula berhubungan dengan Neymar sekitar tahun 2021, namun mereka merahsiakan hubungan itu selama beberapa bulan. Pasangan itu akhirnya mengumumkan bahawa mereka bertunang pada Januari 2022 melalui Instagram, sebelum menyambut kelahiran seorang bayi pada tahun ini.