Foto kredit: Penang FC

PENGENDALI baharu Penang FC Zainal Abidin Hassan mengakui pemain-pemain masih di takuk lama dan memerlukan sedikit masa untuk mengubah ‘game plan’

Jurulatih yang berusia 60 tahun itu kembali dilantik mengetuai barisan kejurulatihan Penang FC pada 1 Jun lalu daripada Tomas Truca mengakui perlu bekerja keras untuk mengembalikan pasukan dengan keputusan yang baik.

“Mereka masih lagi takuk lama dan tidak dapat mengubah dengan tempoh yang singkat dari segi game plan. Saya cuba dalam beberapa perlawanan persahabatan sebelum ini tanpa tekanan, namun pada perlawanan sebenar ini ada tekanan.

“Saya pun ingin buat magis, tapi perlu kerja keras untuk lebih baik,” jelasnya selepas perlawanan bertemu Petaling Jaya City (PJ City FC) pada Sabtu malam.

Dalam pada itu, perlawanan tersebut menyaksikan kedua-dua pasukan terikat seri 1-1

“Separuh masa pertama mereka masih lagi tidak dapat bermain dengan cemerlang dalam tekanan.

“Namun permainan masa kedua lebih berbeza. Mereka bermain dengan baik menyamakan kedudukan (Casagrande).

“Namun mereka kembali terumbang ambing selepas Casagrande mengalami kecederaan,” tambahnya.

Zainal Abidin berdepan dengan tugas berat untuk mengeluarkan skuad Harimau Kumbang itu daripada zon penyingkiran dengan kini berada ditangga tercorot liga dengan hanya mengumpul 4 mata daripada sembilan perlawanan.