Select Page

Selepas berkelana di Vietnam, Akinade dikaitkan dengan Kelantan FC

Selepas berkelana di Vietnam, Akinade dikaitkan dengan Kelantan FC
PENYERANG tinggi lampai kelahiran Nigeria, Ismaheel Akinade kini dikaitkan bakal memperkuatkan Kelantan FC mengharungi saingan Liga Malaysia 2023 (Liga-M).
Beraksi bersama kelab profesional berpengkalan di Dhaka, Bangladesh, Sheikh Russel KC musim lalu, Akinade sebelum itu berkelana dengan beberapa kelab di Vietnam selama tiga tahun.
Berumur 29 tahun dan tinggi 1.90m, pembabitan awal Akinade selaku pemain bolą sepak profesional bermula dengan kelab di Ireland seperti Bray Wanderes, Bohemians dan Waterford.
Kemudian dia bermain dalam Liga Vietnam pada 2019 hinggga 2022 dengan Ho Chin Minh City FC, SHB Da Nang dan Hong Linh Ha Tinh (HLHT).

Menghabiskan tiga musim di Vietnam sebelum menyertai Sheikh Russel KC musim lalu.

Sepanjang tiga tahun dalam Liga Vietnam, Akinade berjaya menjaringkan 12 dalam 36 penampian iaitu nisbah satu gol dalam tiga perlawanan.
Musim lalu dia beraksi bersama Sheikh Russel KC dalam Bangladesh Premier League (BPL) dan menjaringkan 6 gol dan membuat 3 bantuan gol bagi 10 perlawanan.
Ketika ini skuad bimbingan Choi Moonsik sedang dalam siri jelajah perlawanan persahabatan sebagai persiapan musim 2023 dan terbaharu menentang Kedah Darul Aman yang memihak lawan 2-0.
Berdasarkan beberapa siri perlawanan persahabatan Kelantan FC dilihat perlu mendapatkan pengempur didepan gawang gol untuk memastikan keputusan positif buat pasukan.

Video Terkini

Loading...