HASRAT Malaysia beraksi di ragbi piala dunia tahun hadapan berkecai apabila tewas 55-10 kepada Korea Selatan dalam Kejuaraan Ragbi Asia Lelaki di Incheon pada Sabtu.

Tiada liga kebangsaan selama dua tahun kerana Covid-19, Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) mempunyai peluang untuk melakar kejutan namun tiada rezeki buat anak buah Rodney So’oialo untuk menyaingi kekuatan tuan rumah.

Namun begitu, tahniah kepada para pemain yang menyarung jersi Bunga Raya kerana mereka telah memberikan segalanya.

Ini bermakna, Korea Selatan akan berdepan Hong Kong pada perlawanan akhir, 9 Julai depan.