DUA pemain lelaki negara kandas di pusingan pertama skuasy Terbuka Tasmania, Australia, manakala dua lagi pemain wanita melepasi pusingan awal itu dengan bergaya.
Berdepan Robert Garcia dari Filipina, pemain lelaki negara yang berada di ranking ke 226 dunia Brian Lim Tze Kang memberi cabaran sengit kepada pemain ranking 166 dunia itu sebelum tewas 7-11, 1-12, 11-7, 11-7 dan 7-11.
Sementara Ong Sai Hung yang berada di ranking 114 dunia, tewas mengejut di tangan pemain ranking ke-536 dunia dari Australia Jack Hudson.
Biarpun bermula dengan baik apabila menang 11-5, 11-6 dalam dua set pertama, kekalahan 8-11 di set ketiga menjadi titik gelap dalam permainan Sai Hung apabila tunduk 3-11, 3-11 dalam dua set berikutnya.
Begitupun, cabaran negara masih diteruskan Darren Rahul Pragasm, Addeen Idrakie dan Mohd Syafik Kamal di pusingan kedua apabila masing-masing dijadual menentang Temwa Chileshe (New Zealand),Robert Garcia (Filipina) dan Ryunosukue Tsukue (Jepun).

Pemain pelapis negara, Sehveetrra Kumar cemerlang atasi Aiman Shahbaz dari Pakistan, dalam masa 11 minit.
Dalam pada itu, Sehveetrraa Kumar dan Yassmita Jadishkumar melepasi pusingan pertama dengan bergaya.
Sehveetrraa mengatasi pemain Pakistan Aiman Shahbaz dalam aksi pantas selama 11 minit. Dia menang 11-3, 11-5, 11-4.
Yassmita pula menundukkan pemain tuan rumah, Maggy Marshall 11-7, 9-11, 11-3, 11-9 dalam masa 22 minit.
Dia bakal berdepan pilihan keempat Australia Sarah Cardwell di pusingan kedua, manakala Sehveetrraa berdepan rakan senegara Chan Yiwen.
Turut menggalas cabaran negara di pusingan kedua, Ainaa Amani yang bakal berdepan pilihan utama kejohanan Grace Gear dari England.
Naib juara Terbuka Bega minggu lalu, Yee Yin Xing menanti cabaran pemain Hong Kong, Cheng Nga Ching.
Dua lagi pemain negara Aira Azman dan Ooi Kah Yan, bakal berdepan sesama sendiri.