Select Page

‘Slip Disc’ tidak halang Haiqal buru slot Olimpik Paris bersama Izzuddin

‘Slip Disc’ tidak halang Haiqal buru slot Olimpik Paris bersama Izzuddin

MASALAH kecederaan slip disc dihadapi selama hampir dua bulan, tidak menghalang Muhammad Haiqal Nazri untuk menggapai impian bersama gandingan baharu, melakukan misi mustahil melayakkan diri ke sukan Olimpik Paris.

Dia yang digandingkan bersama Nur Izzuddin Hamsani selepas gandingan ‘dinfei’ (Izzuddin-Hoh Sze Fei) itu sah dipisahkan bulan lalu, mencapai kata sepakat untuk mencapai hajat besar itu.

“Kami pair baru, tak ada ranking tapi ada berbincang tetapkan sasaran iaitu Izzuddin mahu kami berjuang untuk layak ke Olimpik.

“Jadi semua kejohanan yang kami pergi bulan hadapan, kami sasarkan untuk merangkul kejuaraan atau sekurang-kurangnya separuh akhir,” kata Haiqal.

Muhammad Haiqal Nazri mahu mencapai matlamat seiring Nur Izzuddin Rumsani

Haiqal dan Izzuddin dijadual mengambil bahagian dalam kejohanan satu berstatus Super 100 dan dua Cabaran Antarabangsa sepanjang Mac, iaitu Riuchang China Masters, Cabaran Antarabangsa Vietnam dan Cabaran Antarabangsa Osaka di Jepun.

“Kejohanan ini kecil dan menawarkan mata yang agak minimum, jadi kami perlu beraksi untuk memenanginya.” katanya.

Begitupun, kecederaan pinggang yang dialaminya selepas Cabaran Antarabangsa Malaysia di Ipoh, Disember tahun lalu menyaksikan Haiqal bergelut prestasi apabila tidak dapat menjalani latihan lebih sebulan.

“Kecederaan itu berlaku selepas kejohanan di Ipoh, waktu itu saya jalani latihan fizikal di gimnasium, tidak rasa sakit waktu itu tapi apabila melakukan ‘cooling down’ dan waktu makan.. baru rasa sakit.

“Kemudian saya ke ISN (Institut Sukan Negara) buat pemeriksaan dan Hospital ISN dapati saya alami kecederaan slip disc F4 dan F3, lebih kepada sisi kanan pinggang,” kata Haiqal.

Muhammad Haiqal Nazri menunjukkan bahagian kanan pinggangnya yang sakit akibat kecederaan Slip Disc

Akibat kecederaan itu, dia direhatkan dan hanya sejak dua minggu lalu kembali ke gelanggang latihan.

“Sekarang saya tidak boleh buat gerakan lincah dan seperti tadi, saya berlatih memakai pendakap pinggang,” katanya.

Sebelum ini, Haiqal bergandingan bersama Muhammad Arif Junaidi yang diberi jolokan “pata timo”, muncul juara Cabaran Antarabangsa Malaysia di Ipoh, ketika bergandingan dengan Izzuddin.

Namun dia digandingkan secara sah bersama Izzuddin selepas belas pemain ranking ke-10 dunia itu mahu berpisah dengan Sze Fei bulan lalu.

Video Terkini

Loading...