GANDINGAN  negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, berasa berada di tahap prestasi terbaik di Terbuka China selepas mara ke final dengan menyingkirkan juara dunia baharu, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae dari Korea Selatan.

Kemenangan straight set, 21-18, 21-17 itu meletakkan beregu lelaki terbaik negara itu, dilandasan tepat meraih gelaran pertama tahun ini

Feeling very good, ini adalah antara prestasi terbaik kami tunjukkan dan amat berpuas hati dapat memenangi perlawanan hari ini kerana mereka juara dunia dan kami kalah kepada mereka dua minggu lalu, cukup gembira tewaskan mereka,” kata Aaron, kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas perlawanan.

Aaron Chia-Soh Wooi Yik sandaran tunggal negara di final Terbuka China.

Pada Kejohanan Dunia dua minggu lalu, Aaron-Wooi Yik tewas kepada Min Hyuk-Seung Jae 21-23, 13-21 di separuh akhir dan terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa, sekali gus gagal mempertahan kejuaraan dunia yang dimenangi tahun lalu.

Overall, we are quite consistent and we had to improved and gained confidence,” kata Aaron selepas mereka terpaksa berdisiplin mengikut strategi yang dirancang ketika berdepan gandingan Korea yang diperkuat Seung Jae yang cukup pantas.

Aaron Chia-Soh Wooi Yik anggap kemenangan ke atas juara dunia Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae satu kepuasan. -Pix BWF

Final berdepan pemain tuan rumah, Liang Wei Keng-Wang Chang hari ini, gandingan negara hanya mahu mengharunginya tanpa tekanan.

“Tiada tekanan di pihak kami kerana mereka (Wei Keng-Wang Chang) tampil di hadapan penyokong sendiri dan berdasarkan rekod, seimbang 50-50, jadi kami hanya persiap minda untuk memberi yang terbaik melawan mereka,” kata Wooi Yik.

Menentang Liang Wei Keng-Wang Chang di final Terbuka China, peluang terbaik buat Aaron Chia-Soh Wooi Yik membalas dendam kekalahan final Terbuka India, Januari lalu. -Pix BWF

Untuk rekod, Terbuka China menjadi pentas final ketiga buat Aaron-Wooi Yik yang tergelongsor ke kedudukan keenam dunia, selepas muncul naib juara Terbuka Indonesia Jun lalu, dan Terbuka India pada Januari.

Pada final Terbuka India, Aaron-Wooi Yik tewas kepada gandingan China itu, dalam pertarungan tiga set 21-14, 19-21, 18-21.

Aaron-Wooi Yik berpeluang menjadi wakil negara menamatkan kemarau kejuaraan di Terbuka China, selepas kali terakhir dimenangi (Datuk) Lee Chong Wei pada 2015.

Selain Chong Wei, (Datin) Wong Mew Choo pernah muncul juara perseorangan wanita 2007, Wong Choong Hann (2002), (Datuk) Jalani Sidek-(Datuk) Razif Sidek (1989) yang menyaksikan tidak ramai pemain negara meraih kemasyhuran di negara tembok besar itu.