SATU slot final esok sah dalam genggaman skuad negara di Kejohanan Badminton Asia (BAC) apabila melibatkan pertembungan sesama sendiri beregu lelaki petang Sabtu.

Aksi separuh akhir menemukan beregu nombor dua negara, Goh Sze Fei- Nur Izzuddin yang berhadapan Aaron Chia- Soh Wooi Yik selepas menewaskan lawan masing-masing.

Sementara itu, ranjau berliku aksi separuh akhir menanti perseorangan lelaki, Lee Zii Jia bakal bertemu pemain baru China, Weng Hong Yang yang mencipta kejutan mengalahkan pilihan kedua Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting dalam pertarungan tiga set.

Zii Jia yang juga diletakkan sebagai pilihan ketiga kejohanan dijangka turun ke gelanggang pada jam 1 petang ini waktu Malaysia

Ayuh rakyat Malaysia, terus bagi sokongan buat pemain kita yang sedang berjuang di Manila, Filipina.