KETUA jurulatih Australia Graham Arnold yakin skuadnya mampu menggalas cabaran untuk Piala Asia 2023 yang berlangsung di Doha, Qatar bermula 12 Januari ini.
‘Socceroos’ mempersiapkan pasukan mereka di Abu Dhabi dengan kemenangan 2-0 ke atas Bahrain dalam perlawanan persahabatan pada Sabtu lalu dan tumpuan kini pada kejuaraan Piala Asia selepas muncul juara pada 2015.
“Kami tidak sabar untuk kembali ke Qatar. Kami telah bersedia dan telah melalui perlawanan yang sangat baik menentang Bahrain di Abu Dhabi. Kami datang ke Qatar untuk menang. Pasukan yang sama akan menentang India dalam perlawanan pertama dan perlu bersedia untuk itu,” ujar Arnold.
A beautiful welcome on arrival in Doha.
Thank you 🙏
🧵 1/2 #Socceroos #AsianCup2023 #DifferentBreed pic.twitter.com/zlb3qFt51f
— Subway Socceroos (@Socceroos) January 9, 2024
Arnold turut menambah, ia adalah perlawanan yang hebat.
“Ketika kami bermain menentang Bahrain, mereka tidak menampilkan aksi sebenar. Saya fikir mereka adalah skuad yang kuat, dan seperti kebanyakan pasukan Asia Barat, fizikal mereka agak lebih besar daripada apa yang kami jangkakan.”
Arnold mengulas mengenai pasukannya menuju ke Qatar, dengan menyenaraikan muka baharu dalam skuad itu.
“Sejak empat tahun kebelakangan ini, matlamat utama saya adalah untuk memenangi perlawanan sambil membina kekuatan dalam pasukan. Jika anda meneliti enam pemain yang saya beli empat tahun lalu, kami mungkin tidak akan memiliki tahap yang ada sekarang.
“Ia mencabar kerana, agak sukar untuk membuat keputusan mengenai kesebelasan utama beberapa minggu akan datang, dan boleh menyebabkan saya sakit kepala.”
Australia, yang mengambil bahagian buat kali keempat, akan memulakan perlawanan Kumpulan B menentang India pada Sabtu dengan Syria menyusul pada 18 Januari. Mereka menentang Uzbekistan lima hari kemudian.