Foto : Bernama
PESILAT ganda negara, Mohd Taqiyuddin Hamid dan Sazzlan Yuga menyumbangkan emas pertama bagi acara pencak silat Sukan Sea 2021.
Pada aksi final yang berlangsung di Pusat Gimnasium Bac Tu Liem, mereka menewaskan pasangan adik beradik Muhammad Hazim Mohammad Zaque-Muhammad Haziq Mohammad Zaque yang mengumpulkan mata 9.950.
Kemenangan ini berjaya mengekalkan pingat emas ganda seni lelaki buat kali kedua berturut-turut.
Sementara itu, Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) menerusi Facebook mengucapkan tahniah kepada pesilat negara.
“Alhamdulillah!! Tahniah kepada pesilat-pesilat ganda negara, Mohd Taqiyuddin Hamid dan Sazzlan Yuga kerana menyumbangkan emas pertama bagi acara silat Sukan Sea 2022 Vietnam untuk negara!! ,” tulis hantaran itu