KETUA Jurulatih Bola Keranjang Lelaki Kebangsaan, Lee Kheng Tian menyalakan hasrat untuk ke separuh akhir acara bola keranjang lelaki (3×3) dan (5×5) pada Sukan SEA 2023 di Kemboja tahun ini.

Biarpun sedar cabaran hebat bakal hadir dari beberapa negara bertanding, namun Kheng Tian tetap optimis skuad kali ini mampu memberikan persembahan terbaik.

“Pertama kita berharap agar layak ke separuh akhir dahulu. Kemudian, kita lihat sama ada kita boleh meraih pingat atau tidak.

“Saya sedar ia bukannya tugas yang mudah buat pemain tetapi dengan kesungguhan pemain, kita akan bertarung sehingga tamat kejohanan,” ujarnya.

Jelasnya, persiapan pasukan kali ini berada pada tahap terbaik kerana skuad kebangsaan akan menghadapi satu lagi kejohanan dalaman anjuran Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) pada 10 hingga 19 April ini di

Ia bakal melibatkan sepuluh pasukan yang akan mengambil bahagian, rata-rata terdiri daripada tiga kelab Malaysia dan tujuh buah negara di Asia Tenggara.

Dengan penyertaan terakhir, ia  diharap dapat memberi sedikit sinar buat kem bola keranjang lelaki negara yang tampil sugul pada Sukan SEA 2021 Hanoi apabila gagal membawa pulang sebarang pingat.

“Persiapan setakat ini baik. Kita akan mendapat pendedahan dari kejohanan dalaman yang akan diadakan MABA dari 10 hingga 19 April yang akan diadakan di sini.

“Saya rasa sepuluh pasukan akan bertanding. Saya dengar pasukan kebangsaan Kemboja dan Vietnam akan sertai tetapi ia belum diputuskan secara muktamad.

“Diharapkan mereka dapat turut serta dan kita mungkin dapat mempelajari sesuatu yang berharga daripada mereka. Satu pasukan kebangsaan kita dan tiga kelab dalam Malaysia akan turut serta Filipina akan bersama kita,” katanya.