KETUA Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Jefri Ngadirin menegaskan isu persiapan skuad lebuh raya ke Sukan SEA 2025 di Thailand tidak seharusnya diperbesarkan, selepas perbincangan dimuktamadkan sejak Januari lalu.

Menurutnya, peruntukan RM300,000 yang diluluskan untuk program persediaan, sebahagiannya sudah sdisalurkan kepada Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) untuk tindakan lanjut.

Ketua Pengarah MSN, Jefri Ngadirin hairan isu persiapan atlet berbasikal lebuhraya ditimbulkan.

Jefri turut memaklumkan MSN tidak menetapkan nama pasukan tertentu, sebaliknya memberi kuasa kepada PKBM untuk memilih antara TSG atau Malaysia Pro Cycling (MPC) mewakili negara.

Katanya, jika PKBM memilih TSG, isu logistik dan peralatan tidak timbul kerana pasukan itu sudah memiliki kelengkapan sendiri bagi menghadapi cabaran di Korat, Disember nanti.

Beliau turut terbuka untuk berbincang semula sekiranya PKBM mempunyai pendekatan baharu, asalkan misi mempertahankan pingat emas tidak terganggu.