MALAYSIA Bawah 23 (B-23) bermula hambar dalam kempen Piala MANDIRI ASEAN B-23 2025 apabila tewas 0-2 kepada Filipina B-23 dalam aksi Kumpulan A di Stadium Gelora Bung Karno, petang tadi.

Meskipun menguasai sebahagian besar permainan, skuad kendalian Nafuzi Zain dikejutkan dua jaringan Otu Bisong pada minit ke-9 dan 40 hasil serangan balas pantas Filipina.

Malaysia hampir membuka jaringan awal menerusi Aliff Izwan dan percubaan Haqimi Azim yang menggegarkan palang, namun ketumpulan di depan gawang terus menghantui skuad muda negara.

Gol Fergus Tierney pada minit ke-28 dibatalkan kerana kekasaran terhadap penjaga gol lawan, sekali gus menambah tekanan buat Harimau Muda yang bergelut mencari penyudah.

Kekalahan ini menyukarkan laluan ke separuh akhir dan Malaysia kini wajib menang ke atas Brunei dan Indonesia untuk menghidupkan peluang dalam saingan kumpulan.

 

FOTO : SportflexMalysia