MESKIPUN dalam proses pemulihan dari demam, Toh Ee Wei tetap menampilkan kecemerlangan apabila mengetuai rentak kemenangan ketika dia dan Chen Tang Jie mara ke separuh akhir badminton Masters China.
Beregu campuran negara itu menewaskan wakil Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet 21-12, 12-21, 21-17 dalam aksi suku akhir yang berlangsung selama 61 minit.
Tang Jie pula mengakui dirinya bergelut dengan kawalan angin, namun berterima kasih kepada pasangannya yang tampil lebih jelas dalam memimpin hala tuju permainan.
“Ee Wei yang ambil lead hari ini, lebih jelas dan bagi saya itu direction, jadi saya sangat gembira dengan kemenangan ini,” katanya kepada Peraekutuan Badminton Dunia (BWF).
Kali terakhir gandingan negara menentang pasangan Hong Kong itu dua tahun lalu menjelaskan mereka banyak belajar melalui tontonan video untuk merangka strategi.
“Kita keep motivate each other dan cuba cari game plan, walaupun ada banyak mistake, tapi kita tetap fokus sampai akhir,” katanya sambil tersenyum apabila ditanya mengenai tahap kesihatannya yang semakin baik.
Gandingan negara iyu dijangka berdepan pasangan China, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping di separuh akhir esok.