MUNGKINKAH dua kejuaraan berganda mampu diraih Malaysia di Terbuka Tasmania, hari ini apabila Addeen Idrakie dan Chan Yiwen melangkah ke final.

Dalam pertarungan berlangsung selama 50 minit, Addeen bermula goyah apabila tewas 7-11 di set pertama, sebelum bangkin memenangi perlawanan 11-5, 11-6, 11-9.

Justeru, dia bakal berdepan pilihan kedua dari Hong Kong Tsz Kwan Lau yang mengatasi pemain Jepun Ryunosukue Tsukue 6-11, 11-5, 11-6, 11-7.

Addeen yang kini di ranking ke-85 dunia, perlu berkerja lebih keras di final, kerana pemain Hong Kong itu lebih berpengalaman dan berada di ranking ke-63 dunia.

Sementara itu, Yiwen (baju biru) mencapai kemenangan sensasi selepas mengejutkan pemain tuan rumah, Alex Haydon.

Pemain negara berada di ranking ke-74 dunia itu mudah mengatasi wakil Australia yang berada di ranking ke 83, dengan kemenangan 11-5, 11-4, 8-11, 11-5 dalam masa 32 minit.

Menantinya, pemain ranking ke 55 dunia dari Hong Kong Tong Tsz Wing, yang menyingkir seorang lagi pemain tuan rumah Jessica Turnbull 7-11, 13-11, 11-7, 11-3.