SIR Jim Ratcliffe masih lagi mendahului dalam senarai nama pembida yang mahu membeli kelab Manchester United.
Pengarah United’s New York itu dikatakan mengadakan pertemuan pada Khamis lalu bertujuan membincangkan perkembangan mengenai lelongan kelab MU sebanyak £5 bilion oleh Sheikh Jassim dari Qatar.

Sir Jim Ratcliffe kekal pembida tertinggi untuk MU
Menurut laporan Sky Sports, sumber terdekat menyatakan pengarah tersebut tidak mengadakan sebarang rundingan eksklusif bersama Ineos Sports mahu pun pesaing utamanya, Sheikh Jassim yang merupakan ahli perniagaan Qatar.
Sumber terdekat juga menyatakan tawaran yang dikeluarkan oleh Ineos merupakan tawaran yang eksklusif walaupun mempunyai tawaran yang lebih baik daripada Sheikh Jassim pada awal bulan ini.
Namun begitu, sebarang tawaran atau cadangan seterusnya tetap akan dibincangkan dengan ditandatangani oleh kedua-dua pembida yang mungkin akan dilakukan selepas final Piala FA menentang Manchester City pada hujung minggu depan.
Tawaran yang disuarakan oleh Sir Jim sekiranya mengambil alih Manchester United adalah melibatkan urusan ‘put and call’ yang membolehkan dia untuk membeli baki saham Glazers selepas tempoh tiga tahun.
Ineos pula menawarkan untuk membeli keseluruhan kelab tersebut dengan nilai antara £5 bilion dan £5.5 bilion.
Sepanjang tempoh 18 tahun setelah The Glazers membeli kelab itu dengan harga lebih kurang £800 juta pada tahun 2005, MU dibelenggu dengan aksi tunjuk perasaan oleh penyokong dan kekurangan piala yang dimenangi sejak bekas pengurus, Sir Alex Ferguson bersara.
Dalam masa yang sama, The Glazers turut menerima sekurang-kurangnya empat tawaran yang meyakinkan dari pihak lain yang mengutamakan kepentingan minoriti dan juga pelaburan demi masa depan kelab.
Ianya termasuklah tawaran daripada pelabur kewangan gergasi Amerika, Elliot Management yang sehingga kini masih memegang kelab AC Milan serta Sixth Street dan baru sahaja membeli 25 peratus bagi hak penyiaran melibatkan Barcelona FC dalam perlawanan La Liga.
Tawaran tersebut sekaligus meletakkan Manchester United di kedudukan yang selesa dan membolehkan kelab itu mengubah semula infrastruktur di Old Trafford dan juga tempat latihan di Carrington.
“Kami akan menilai semula semua pilihan yang ada bagi memastikan kepuasan kepada penyokong MU dapat dipenuhi dengan sebaiknya dan memaksimumkan peluang yang ada demi masa depan kelab,” kata Avram Glazer, salah seorang kerabat The Glazers.