AKSI hebat beregu Pearly Tan-M.Thinaah yang bangkit menewaskan wakil Korea Selatan, Jeong Na Eun-Kim Hye Jeong dalam perlawanan separuh akhir Kejohanan Badminton Malaysia Masters berjaya ‘memukau’ ramai pihak yang menyaksikannya.
Pemilik Kedah Darul Aman FC (KDA FC) Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar berkata, sejarah yang dicipta oleh beregu wanita nombor satu negara ini layak dijadikan sebuah kisah inspirasi dan boleh dicontohi.

Foto: Facebook Mohd Daud Bakar
“Pagi tadi, saya mendapat sebuah klip video berdurasi hampir 4 minit yang merakamkan satu momen yang indah dan rekod baharu dalam perlawanan badminton. Ada sebanyak 211 pukulan antara pemain negara Thinaah dan Pearly dengan pemain negara Jepun. Bagi saya, kesemua mereka adalah hero.
“Mereka tunjukkan ketabahan dan juga sikap menangguhkan kepenatan. Terus fokus dengan minda dan skil yang tinggi. Mereka tunjukkan keserasian yang halus. Tolong cover antara satu sama lain,” kata Dr Mohd Daud menerusi hantaran di Facebook rasminya.
Beliau menyifatkan, keserasian yang ditunjukkan oleh Pearly-Thinaah umpama mata seekor helang dan kuku seekor rajawali apabila tidak melakukan sebarang kesilapan mahupun lalai sehingga aksi ‘rally’ berpanjangan dalam tempoh yang lama.
Dalam masa yang sama, beliau juga memuji ketenangan beregu itu yang menganbil masa untuk merehatkan minda dan mengambil nafas beberapa saat apabila pemain Jepun tidak mampu membalas pukulan mereka yang ke-211 sebelum kembali memulakan aksi.
“Thinaah melambung raket ke udara. Pearly membongkok atas lantai. Salah seorang pemain Jepun terguling atas lantai kerana gagal mengambil bola tangkis sambil merehatkan minda dan otot. Seorang lagj berjalan-jalan ke sana sini. Tiada siapa tahu apa yang ada di dalam mindanya.
“Manusia dijadikan pelbagai. Cara fikir. Cara ekspresi. Watak dan perangai. Tidak ada keaiban dalam kepalbagaian. Yang salah dan aib kita merendahkan satu sama lain kerana kulit, kasta, wajah rupa, kedudukan sosio ekonomi dan apa sahaja faktor-faktor luaran danekternalities. Tahniah kepada kesemua yang sama-sama mencipta rekod baru,” tulisnya.
Selain itu, Dr Mohd Daud mengakui perlawanan matang yang ditonjolkan oleh kedua-dua pasukan semalam merupakan perlawanan yang ‘smooth’ serta adiluntuk disaksikan kerana masing-masing menunjukkan bakat dan kemahiran yang terbaik tanpa sebarang faktor luar.
“Tahniah Thinaah Muralitharan dan Pearly Tan. Tahniah Malaysia. Tahniah sukan badminton,” tambahnya lagi.