Select Page

“Tiada pasukan boleh tewaskan Perancis” – Desailly

“Tiada pasukan boleh tewaskan Perancis” – Desailly

LEGENDA Perancis, Marcel Desailly yakin skuad terkini Les Blues mampu menjuarai Piala Dunia 2022, Qatar bermula 20 November hingga 18 Disember 2022.

Bekas pertahanan Chelsea itu mengakui skuad kendalian Didier Deschamps kali ini memiliki barisan pemain terbaik bagi mengembalikan kegemilangan pasukan itu.

Desailly mencium trofi Piala Dunia 1998 yang dimenangi pasukan Perancis.

“Pada tahun 1998, kita bukanlah pasukan yang terbaik. Namun selepas itu, kita memiliki kemahuan membuktikan kepada dunia kita adalah yang terbaik di seluruh negara.

” Mbappe adalah senjata ampuh Perancis. Kini, kita juga mempunyai Benzema. Saya jangkakan Perancis akan mengenepikan cabaran Brazil, Argentina, Belanda, Belgium. Erti kata lain, saya percaya Perancis boleh menjadi juara. Tiada pasukan boleh menewaskan Perancis, mereka luarbiasa.

“Lihatlah Perancis kini. Lihat sahaja setiap pemain kesebelasan utama, sangat menakjubkan. Tiada pasukan lain ada pemain sebaik ini,” ujarnya.

Perancis muncul juara Piala Dunia FIFA 1998 selepas menewaskan Brazil 3-0 pada aksi final.

Dalam pada itu, bintang Chelsea itu turut mengimbau nostalgia manis ketika dia bersama Les Blues dan berjaya memenangi Piala Dunia 1998 ketika membenam cabaran Brazil 3-0 di laman sendiri.

Untuk rekod, Desailly pernah mengecapi beberapa kejuaraan bersama Perancis dengan merangkul gelaran juara Piala Dunia 1998, Kejohanan Eropah UEFA 2000 dan kejayaan berganda Piala Konfederasi FIFA pada 2001 dan 2003.

Video Terkini

Loading...