NAPOLI semakin hampir menamatkan kemarau 33 tahun mahkota liga  Seria A selepas membelasah Juventus, 5-1 awal pagi tadi yang seterusnya melebarkan jurang 10 mata dipersada liga.

Juara bertahan, Milan boleh mengurangkan jarak mata kepada tujuh dengan kemenangan di Lecce hari ini tetapi cara Napoli mengatasi Juventus adalah petunjuk baharu bahawa kelab terbesar di selatan Itali itu sudah bersedia meraih gelaran pertama sejak zaman Diego Maradona.

Skuad kendalian Luciano Spalletti sekali lagi mempamerkan persembahan baik berdepan seteru utama itu bagi mengukuhkan cengkaman.

Victor Osimhen melebarkan rekod jaringannya musim ini kepada 12 gol apabila meledak dua gol pada minit ke-14 dan 65 manakala Khvicha Kvaratskhelia (m-39), Amir Rrahmani (m-55) dan Eljif Elmas (m-72 juga menemui jaringan buat tuan rumah

Juve hadir ke Stadio Maradona selepas lapan kemenangan berturut-turut dan tidak melepaskan gol yang menjadikan mereka antara pencabar utama walaupun bermula buruk musim ini.

Bagaimanapun skuad kendalian Massimiliano Allegri pulang dari Naples dengan kekecewaan apabila melepaskan lima gol dalam Serie A pertama kali sejak Mei 1993

“Perjalanan masih jauh, kami hanya mahu meneruskan kemenangan dalam perlawanan, saya rasa kami ada peluang baik,” tegasnya.