PENGURUS pasukan Liverpool, Jurgen Klopp mendedikasikan aksi final tersebut sebagai tanda sokongan kelab tersebut terhadap serangan Rusia ke atas Ukraine.
Aksi ulangan final 2018 tersebut yang sebelum ini dijadualkan berlangsung di St Petersburg’s Gazprom Arena kini telah ditukar ke Stade de France ekoran penaklukan Ukraine oleh Rusia.
“Saya sangat gembira perlawanan ini bakal memberi seribu makna. Peperangan masih berlaku dan kita harus fikir tentang itu juga,” ujar Klopp.
Jurulatih dari Jerman itu menegaskan mesej perpindahan venue itu jelas ditujukan kepada Rusia agar menghentikan segala keganasan yang dilakukan.
Bagaimanapun, Moscow menganggap peperangan tersebut sebagai operasi istimewa ketenteraan untuk menghapuskan sistem ketenteraan dan Nazi di Ukraine.
“Kami bermain perlawanan ini untuk semua rakyat Ukraine, saya pasti sebahagian masih boleh melihat perlawanan tersebut dan kami melakukan untuk anda,” tambah pengendali berusia 54 tahun itu.
Liverpool mengharapkan kemenangan untuk menjulang trofi ketiga setelah merangkul gelaran Piala Liga dan Piala FA sepanjang musim manakala Real Madrid ingin menambah koleksi kejuaraan kali-ke 15 Liga Juara-Juara setelah terlebih dahulu dinobatkan juara La Liga.