PERAK FC mengumumkan pertahanan baharu untuk musim 2024, Tommy Mawat Bada.

Bekas pemain Negeri Sembilan FC itu cemerlang bersama Skuad Jang dan turut meledak dua gol peribadi sekali gus membantu Negeri Sembilan untuk tampil di kedudukan kesembilan dalam carta Liga Super.

Kehadirannnya dikatakan memberi satu impak positif kepada skuad kendalian Yusri Che Lah sejurus melahirkan rasa gembira dalam kalangan penyokong-penyokong Skuad Seladang itu.

Dalam klip video yang dimuat naik pada laman rasmi Perak FC, Tommy sempat menyatakan bahawa antara sasarannya adalah untuk mendapatkan sebanyak mungkin minit permainan bersama Perak.

“Saya juga berharap supaya pasukan saya boleh bersaing dengan ‘top five‘ pasukan di carta Liga Super seterusya bagi saya sendiri adalah supaya pasukan ini akan bersaing dengan lebih kompetitif dengan pemain-pemain lain,” ujarnya dalam video tersebut.

Buat musim 2023, Perak FC kini berada di tangga ke-11 dengan mengumpul 22 mata dalam 26 perlawanan keseluruhan Liga Super.

Foto: Perak FC