KEJOHANAN Golf Antara Universiti Awam ke-49 menyaksikan Universiti Teknologi Mara (UiTM) muncul juara keseluruhan bagi tiga tahun berturut-turut. Kejayaan itu hasil pungutan tiga pingat emas dan satu perak.

Universiti Utara Malaysia (UUM) bergelar naib johan di tempat kedua dengan dua pingat emas dan Universiti Malaysia Pahang (UMP) meraih tempat ketiga dengan satu emas.

Hadiah kemenangan disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Datuk Seri Abdul Razak Jaafar dan Pro-Canselor UMP, Tan Sri Datuk Sri (Dr.) Abi Musa Asaari Mohamed Nor diiringi Naib Canselor UMP, Prof Dato Ts Dr Yuserrie Zainuddin.

Seramai 300 orang pemain golf yang terdiri daripada kakitangan universiti awam (UA) berentap dalam Kejohanan Golf Universiti Awam Ke-49 yang dijalankan selama dua hari bermula 28 dan 29 Mei 2022 di tiga lokasi kejohanan iaitu di Kelab Golf Diraja Pahang, Kuantan, Kelab Golf Diraja Pekan dan Mahkota Golf and Country Club, Kuantan, Pahang.