PENGENDALI Selangor FC, Katsuhito Kinoshi, mengakui musim 2025/2026 bakal menjadi antara yang paling mencabar buat pasukannya apabila mereka terlibat dalam lima kejohananberbeza – satu peningkatan berbanding hanya empat musim lalu. Namun, Kinoshi yang pernah menjadi penolong jurulatih skuad kebangsaan Serbia, melihat cabaran itu sebagai peluang untuk memperkukuh pasukan dan membina mentalitikemenangan.
“Kami tahu ia tidak mudah, apatah lagi melihat kepada pasukan-pasukan hebat lain yang turut beraksi dalam Piala Shopee, termasuk beberapa yang bermain di Liga Juara-Juara AFC Elite. Tetapi saya percaya tekanan sebegini akanmematangkan kami dan menjadikan pasukan lebih kuat,” ujar Kinoshi pada sidang media pra-perlawanan persahabatan menentang Asian Warriors.
Tekad Selangor FC di bawah bimbingan Kinoshi adalah jelas– mereka mahu memperbaiki pencapaian musim lalu yang menyaksikan mereka hanya meraih satu kejuaraan domestik.

Kredit Gambar: FB Selangor FC
“Sasaran saya musim ini ialah sekurang-kurangnya satu piala lagi. Bukan sekadar mempertahankan kejuaraan Piala Cabaran, tetapi lebih daripada itu,” tegasnya lagi.
Pertemuan menentang Asian Warriors di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya esok dianggap sebagai ujian penting menjelang musim baru Liga Malaysia yang akan bermula Ogos nanti. Walaupun beberapa tonggak utama Selangor terpaksa direhatkan akibat jangkitan Influenza A, Kinoshi tetap mahu melihat tahap kesediaan taktikal dan fizikal anak-anak buahnya.

Katsuhito Kinoshi dan Keisuke Honda ketika sidang media pra-perlawanan persahabatan menentang Asian Warriors. (Kredit Gambar: Selangor FC)
Asian Warriors yang dibarisi bekas-bekas bintang Asia termasuk ketuanya, Keisuke Honda, turut memberi isyarat bahawa mereka tidak datang hanya untuk menjadi pelengkap jadual. “Kami akan cuba berikan cabaran terbaik kepada Selangor. Objektif utama kami tetap untuk menang, tetapipada masa sama, kami juga mahu kekalkan disiplin taktikal,” kata Honda.
Honda yang pernah menyarung jersi AC Milan dan menjadi ikon bola sepak Jepun mengakui kekuatan fizikalnya tidak seperti dahulu, namun tetap percaya pengalaman beraksi di peringkat tertinggi dunia akan menjadi aset berhargapasukannya. “Saya sudah tujuh tahun tinggalkan Eropah, tetapi kami masih ada kualiti dan pengalaman yang boleh dimanfaatkan,” tambahnya.
Bagi Kinoshi, perlawanan seperti ini bukan hanya pentinguntuk memantapkan taktikal dan fizikal pasukan, malah untukmenyuntik semangat berpasukan. Beliau percaya bahawamelalui aksi bertaraf tinggi seperti ini, pemain-pemainnyaakan lebih bersedia menghadapi tekanan sebenar dalamkejohanan kompetitif nanti.
Dengan semangat baharu dan disiplin tinggi yang diterapkan Kinoshi, penyokong Selangor FC pastinya menaruh harapan tinggi agar musim ini menjadi detik kebangkitan sebenarskuad Merah Kuning – bukan sahaja di pentas tempatan, malah di peringkat Asia.