PEMAIN bintang SEM9, Daim Rosli atau lebih dikenali sebagai Mica, sempat memberikan ucapan terima kasih kepada semua peminat yang sentiasa memberi sokongan meskipun perjalanan mereka di PMSL SEA Fall 2025 berakhir lebih awal.
Mica menegaskan bahawa dia dan rakan sepasukan sudah berjuang habis-habisan, namun rezeki masih belum berpihak kepada mereka untuk mara lebih jauh, SEM9 hanya sempat melayakkan diri ke satu Super Weekend tetapi tetap berjaya memberikan saingan sengit sehingga hampir ke pentas Grand Final.
“Saya dan rakan sepasukan sudah berjuang habis-habisan, tapi rezeki tetap bukan milik kami,” kata Mica dengan nada penuh kecewa namun tetap menghargai peluang yang ada.
“Terima kasih kepada semua peminat yang tak henti-henti beri semangat dekat kami,” tambahnya katanya kepada penyokong setia yang tidak pernah berhenti memberi semangat.
Mica yang berpindah ke SEM9 pada Februari lalu telah menampilkan prestasi memberangsangkan sepanjang musim ini, kehadirannya jelas memberi nafas baharu kepada pasukan dan menjadi antara faktor utama mereka mampu menyaingi pasukan besar lain di rantau ini.
Dengan permainan agresif dan konsisten, beliau kini semakin dikenali di Asia Tenggara serta mencatat damage per match tinggi berbanding pemain tempatan lain.