BIGETRON MY (BTRM) berjaya mendapatkan kemenangan pertama mereka di dalam MPL MY.

Kemenangan itu hadir selepas mereka berjaya menumpaskan pasukan Team Flash dalam perlawanan yang begitu sengit dengan Cikugais dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan.

Selepas beberapa episod kekalahan, Cikugais dan rakan sepasukan akhirnya menamatkan kemarau kemenangan dalam musim ini.

Meskipun berlaku beberapa perubahan barisan pemain dan jurulatih di mana memperlihatkan jurulatih pasukan, Barbosa dan mid laner, Fakez keluar daripada pasukan, ia tidak menunjukkan kekurangan buat BTRM.

Pada perlawanan pertama antara kedua pasukan, perlawanan diakhiri dengan situasi yang tidak disangka, di mana BTRM memenangi perlawanan dengan bantuan ‘minion’ yang memecahkan ‘turret’ Team Flash.

DI samping itu, Team Vamos berjaya menghentikan dominasi RRQ Tora dengan kemenangan,2-0.

RRQ Tora terpaksa berpuas hati selepas kemenangan berturut turut mereka akhirnya terhenti.

Roamer Team Vamos, Zqeef dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan disebabkan performanya yang baik di dalam perlawanan ini.

MPL MY akan bersambung pada hari esok yang menampilkan perlawanan yang dinantikan antara SRG dan RRQ Tora.